11 July 2011

BULETIN


Kejohanan Balapan Dan Padang SK Jalan Selama Kali Ke-31 Meriah
   
Rumah Kuning Juara Lagi!

Tanggal  6 Julai  2011 , Sekolah Kebangsaan Jalan Selama telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-31 di padang sekolah itu, Serdang, Kedah.
    Sebanyak tiga buah rumah sukan telah mengambil bahagian iaitu Rumah Biru, Rumah Merah dan Rumah Kuning.Temasya dimulakan dengan perbarisan lintas hormat kontijen yang bertanding dan diserikan lagi dengan persembahan seni mempertahankan diri oleh kelab Taekwando sekolah. Ikrar kejohanan disampaikan oleh adik Nurul Atikah Nazrol. Adik Nurul Atikah juga telah menerima Anugerah Kecemerlangan Sukan Sekolah bagi tahun 2011. Pencapaian tertinggi beliau ialah mewakili Kedah ke Kejohanan Balapan Dan Padang MSSM 2011 dan memenangi pingat perak dalam acara 100m.
    Antara acara yang dipertandingkan pada hari tersebut ialah acara balapan seperti 100m, 200m dan 4 x 100m.Turut dipertandingkan juga beberapa acara untuk Pra Sekolah dan Tahap Satu seperti 50m, 2 x 50m dan 4 x 50m. Bagi acara padang telah dijalankan seminggu sebelum hari kemuncak Temasya Sukan Tahunan.Antaranya lompat tinggi,lompat jauh dan lontar peluru.
    Temasya Sukan Tahunan yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu itu menyaksikan Rumah Kuning muncul johan keseluruhan buat kali ke 2 berturut-turut dengan pungutan 15 pingat emas, 9 perak dan 10 gangsa mengenepikan  Rumah Biru yang hanya memungut 8 pingat emas,12 pingat perak dan 9 pingat gangsa.Rumah Merah pula memungut 7 pingat emas, 9 pingat perak dan 12 pingat gangsa.
    Perbarisan terbaik dimenangi oleh Rumah Kuning diikuti Rumah Merah seterusnya Rumah Biru.Kali ini setiap rumah sukan menampilkan maskot masing-masing bagi memeriahkan temasya sukan kali ini. Rumah Kuning dengan maskot tebuan, Rumah Merah dengan maskot kumbang manakala Rumah Biru dengan maskot garuda. Acara tarik tali pula diungguli oleh Rumah Merah bagi kategori pelajar lelaki manakala kategori pelajar perempuan dimenangi oleh Rumah Kuning.
    Ibu bapa yang hadir turut memeriahkan kejohanan dengan menyertai acara yang disediakan khas untuk mereka seperti acara tarik tali.
    Seramai 300 orang hadir menyaksikan temasya kali ini yang rata-ratanya penduduk kawasan setempat.

5 comments:

  1. Menariknya blog dan juga laporan yang dipaparkan..

    ReplyDelete
  2. rumah kuning memang hebat, maklumlah saya memang suka warna kuning, suryani kuning.

    ReplyDelete
  3. Amboi! warna-warni blog cikgu zairel.... Tahniah rumah kuning....

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada anda yang sudi memberi komen dalam ruangan buletin ini...

    ReplyDelete